


Pulau Langkawi Terdiri Daripada Gugusan 106 Buah Pulau Yang Terletak Di Utara, Luar Pantai Barat Laut Malaysia.Jaraknya Adalah 30 Kilometer Dari Kuala Perlis Dan 51.5 Kilometer Dari Kuala Kedah, 109 Kilometer Dari Pulau Pinang Dan 55 Kilometer Dari Satun,Thailand.
Di Bahagian Timur Pulau Langkawi Terdiri Daripada Bukit Batu Kapur Yang Menghasilkan Marmar Langkawi.
Batuan Igneus Yang Wujud Sebagai Dua Jasad Membentuk Menara Gunung Raya Yang Mencecah Awan Dan Granit Pulau Tuba, Manakala Gunung Mat Chinchang Pula Tersergam Indah Di Barat Laut Langkawi.
Dengan Memiliki Sejarah Geologi Yang Berusia Antara 301-500 Juta Tahun, Langkawi Mempunyai Formasi Batuan Yang Unik Dan Gua-Gua Dengan Stalagmait Dan Stalagmait Mengkagumkan.
Keluasan Langkawi Keseluruhannya Termasuk Pulau-Pulau Di Sekitarnya ialah 47,848.36 Hektar dan Keluasan Pulau Utamanya Sahaja Ialah 32,000 Hektar. Kawasan Luar Persisinya Mempunyai Struktur Binaan Batu Kapur.
Dua Per Tiga Langkawi Diliputi Gunung-Ganang Berhutan, Bukit Bukau Dan Tumbuhan-tumbuhan Asal.
Daripada Gugusan Pulau-Pulau Ini Hanya Tiga Pulau Sahaja Yang Didiami Oleh Manusia iaitu Pulau Langkawi (321.80 km persegi), Pulau Dayang Bunting (50.91 km persegi) dan Pulau Tuba (17.63 km persegi).
Manakala Pulau Rebak Besar Telah Dibina Sebuah Hotel Yang Bertaraf 5 Bintang Iaitu Rebak Marina Resort. Ia Juga Turut Dijadikan Sebagai Pusat Persinggahan Pelayar-pelayar Antarabangsa.Satu Lagi Pulau Iaitu Pulau Payar Yang Mana Ianya Diwartakan Sebagai Taman Laut.
SUMBER
No comments:
Post a Comment