Translate This Blog

SEARCH HOTEL & CAR RENTAL

Monday 29 August 2016

Stadium Langkawi diberi nafas baru


Stadium Langkawi diberi nafas baru

Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


Langkawi: Stadium Langkawi, di sini, berusia 25 tahun akan menerima nafas baru menerusi projek menaik taraf prasarana kemudahan sukan membabitkan kos RM7.9 juta yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli berkata, kerja menaik taraf sudah bermula sejak Januari lalu dan mampu menjadi gelanggang bagi sebarang pertandingan peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.

"Selepas ditutup sejak Januari lalu untuk kerja menaik taraf dan pembaikan dengan kos mencecah RM7.9 juta, Stadium Langkawi akan dibuka semula pada akhir tahun ini.

"Sehingga kini kemajuan projek mencecah 69 peratus, khususnya bagi kerja naik taraf trek balapan, padang bola, papan markah, lampu limpah, tandas dan sistem perparitan," katanya selepas melakukan tinjauan, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA, Datuk Rozaina Radzi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, Ahmad Zaini Zaba'ai.

Katanya, pihaknya yakin Stadium Langkawi boleh digunakan menjelang penganjuran Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-42 pada November ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 1:46 PM

hmetro

No comments:

Post a Comment