
SUMBER
Pengangkutan yang terdapat di Langkawi cukup memuaskan dimana Pulau Langkawi terkenal sebagai pusat pelancongan dan kini terkenal sebagai "LANGKAWI GEOPARK". Segala Kemudahan pengangkutan disediakan dengan harga yang memuaskan. Pelancong yang datang ke Pulau Langkawi tidak perlu risau kerana setiap penjuru di dalam daerah Langkawi ada tempat yang boleh untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK DATANG KE LANGKAWI
GAMBAR
|
CARA KE LANGKAWI
|
|
Bagi Pelancong dari Utara Selatan boleh mendapatkan perkhidmatan Bas Ekspres iaitu dengan menaiki Bas Ekspres dari stesen berdekatan seperti dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis yang mengambil masa lebih kurang 6 @ 7 jam perjalanan. Dimana Bas Ekspres ini akan berhenti di Jetty Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Bagi yang ingin memandu sendiri dengan kereta untuk ke Langkawi,tempat menyimpan kereta juga disediakan yang berdekatan dengan jeti dan boleh mendapatkan tiket feri untuk ke Langkawi..
|
KERETAPI |
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan yang selesa dan ekonomi. Perkhidmatan ini daripada Kuala Lumpur ke Alor Star dan Arau, Perlis. Dari Arau, Perlis bolehlah mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas untuk ke Kuala Kedah atau ke Kuala Perlis. Di Jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah bolehlah mendapatkan tiket feri untuk ke Langkawi.
|
FERI SERVICES
|
Melalui jalan laut pelancong boleh mendapatkan perkhidmatan Ferry Services Express disediakan sepajang masa dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dan 45 minit. Perkhidmatan Feri dari Penang ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dalam 2 kali sehari manakala feri dari Satun (Thailand) ke Langkawi lebih kurang 1 jam 30 minit dalam 4 kali sehari.
|
UDARA
KAPAL TERBANG
|
Melalui jalan udara, Pualu Langkawi juga mempunyai pintu masuk iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang terletak di Padang Matsirat iaitu 20km dari Kuah dan 8km dari hotel di Pantai Cenang.Perkhidmatan penerbangan udara iaitu Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Langkawi disediakan setiap hari dan Air Asia 5 kali seminggu.Manakala penerbangan Silk Air adalah sekali dalam seminggu dari Singapura ke Langkawi.Terdapat juga penerbangan antarabangsa terus dari London, Osaka dan Taipei ke Langkawi
|
Pengangkutan yang terdapat di Pulau Langkawi juga menarik kerana mempunyai pelbagai jenis dan bentuk kenderaan seperti:-
Pengangkutan yang terdapat di Pulau Langkawi juga menarik kerana mempunyai pelbagai jenis dan bentuk kenderaan seperti:-
GAMBAR
|
JENIS KENDERAAN
|
GAMBAR
|
JENIS KENDERAAN
|
![]() |
Produa Kancil
| ![]() |
Boxer200cc
|
![]() |
Nissan Serena
| ![]() |
Kris Elegan
|
![]() |
Proton Perdana
| ![]() |
Elite 125
|
![]() |
Van
| ![]() |
Jaguh
|
![]() |
Honda Stream
| ![]() |
Kriss 120
|
![]() |
Bas Ekspres
| ![]() |
Basikal
|
![]() |
Teksi
| ![]() |
Basikal
|
No comments:
Post a Comment